PANDUAN PERMOHONAN KURSUS

Peringatan
  1. Borang Permohonan kursus Online (OTAS) hanya boleh diisi oleh Penyelaras Latihan Bahagian / Negeri / Projek sahaja.
  2. Penyelaras Latihan Bahagian / Negeri / Projek bertanggungjawab memastikan maklumat calon kursus adalah benar dan diisi dalam borang OTAS. Maklumat calon palsu atau mengelirukan tidak akan dilayan.

Keterangan Am

  1. Setiap pencalonan kursus hendaklah menggunakan satu borang sahaja. Pemohonan yang memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan akan dipertimbangkan.
  2. Permohonan yang lengkap akan diproses dan didaftarkan dalam Bank Data Berkomputer Online kursus. BPSM akan mengeluarkan Surat Tawaran Kursus kepada calon setelah pemilihan peserta dibuat. Pemohon juga boleh menyemak status permohonan melalui laman web Sistem Permohonan Kursus Online (OTAS) yang disediakan iaitu sebulan daripada tarikh kursus dijalankan.
  3. TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama dua (2) minggu dari tarikh kursus didaftarkan di OTAS. Selepas tamat tempoh sah laku sekiranya masih berminat berdaftar bagi kursus lain dengan OTAS, penyelaras latihan Bahagian / Negeri /Projek hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi borang mohon kursus Online dilaman web OTAS.
  4. Penyelaras latihan yang ingin meminda maklumat calon atau alamat surat-menyurat boleh melalui OTAS atau melalui email.
  5. Penyelaras latihan dinasihatkan untuk menghantar sekali sahaja permohonan kepada OTAS bagi setiap kursus. Perbuatan mengulangi penghantaran permohonan akan menyebabkan maklumat calon bertindan dan perbuatan mengulangi permohonan berulang-ulang kali berturut-turut boleh memungkinkan permohonan calon tidak akan dipertimbangkan.

Arahan mengisi borang SPK Online

  1. Mulakan dengan memilih Borang Permohonan Kursus Online.
  2. Muka surat berikut akan memaparkan ruangan yang memerlukan katalaluan Penyelaras Latihan Bahagian / Negeri / Projek masing-masing.
  3. Muka surat borang akan terpapar. Sila isikan Nombor Kad Pengenalan calon iaitu kedua-dua nombor kad pengenalan baru/lama.
  4. Ruangan dalam borang tersebut adalah wajib dipenuhi oleh setiap maklumat pemohon.
  5. Bagi calon yang memerlukan penginapan, dikehendaki mengisi ruang penginapan.
  6. Pastikan ruangan-ruangan yang di isi adalah tepat dan betul. Segala maklumat-maklumat yang dihantar adalah di bawah tanggungjawab penyelaras kursus Bahagian / Negeri / Projek masing-masing.
  7. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan borang anda tidak akan diproses.
  8. Paparan ucapan 'Permohonan anda telah didaftarkan' akan terpapar jika maklumat anda tiada kesilapan.
  9. Sekiranya anda menerima mesej ralat sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk pertanyaan/komen mengenai permohonan sila email: psm@water.gov.my